Care For Stray Cats

Misi kecil untuk membantu kucing jalanan yang lapar, sakit dan terbiar

Dunia kucing bagi aku bukan sekadar tentang haiwan peliharaan, tetapi tentang rasa tanggungjawab dan belas kasihan. Setiap hari, kita boleh melihat kucing jalanan berkeliaran mencari makanan, berlindung dari hujan dan panas, serta menahan sakit tanpa rawatan.

Usaha ini bermula secara kecil-kecilan. Dari memberi makan, menyediakan air minuman, sehinggalah membawa kucing yang sakit ke klinik veterinar bila perlu. Tidak semua dapat diselamatkan, tetapi setiap usaha tetap bermakna.

Kenapa Kucing Jalanan Perlukan Bantuan?

Kucing jalanan hidup tanpa perlindungan tetap. Mereka terdedah kepada kemalangan, penyakit, kelaparan dan penderaan. Anak-anak kucing pula sering lahir tanpa peluang untuk hidup dengan selamat.

Tanpa bantuan manusia, kebanyakan daripada mereka tidak mampu bertahan lama.

Apa Yang Kami Usahakan

Setakat kemampuan yang ada, usaha yang dilakukan termasuk:

Bagaimana Anda Boleh Membantu

Bantuan daripada orang ramai sangat dihargai. Anda boleh membantu melalui pelbagai cara, sama ada sumbangan kewangan, makanan kucing, atau sekadar berkongsi kesedaran tentang kucing jalanan.

Donation Untuk Kucing Jalanan & Sakit

Sumbangan anda akan digunakan untuk:

💖 Sumbangan Untuk Kucing Jalanan

Sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya untuk makanan, rawatan veterinar, dan keperluan kucing jalanan yang sakit serta terbiar.

Maklumat Bank:

Bank: MAYBANK
Nama Akaun: Rumizan bin Yen
No Akaun: 5647 8018 1240




QR code sumbangan kucing jalanan Hantar Resit (WhatsApp)

*Sumbangan adalah sukarela. Selepas bank in, anda boleh WhatsApp resit sebagai rekod & doa.*

Klik "PROGRAM" untuk melihat aktiviti kami bersama kucing jalanan.

Aku mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membantu dan menyokong usaha kecil ini. Semoga setiap kebaikan yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang lebih baik.

Top